b L o g dayA !
Owner Belog



->dayah jamil :)
->owner of this blue Blog
->blog ni semua tentang cerita aku. Suka, kecewa, ketawa, nangis, gembira, sedih, geram, marah. Aku tulis ikut apa hati aku cakap and apa hati aku rasa. Aku tak pandai nak luah ke manusia, jadi blog ni peneman setia aku untuk jadi tempat luahan perasaan aku.


Nagivation Tab

kisah hidup biodata find me!


Goal Hidup

My goal 10 years from now:
get my first class degree
dapat kerja lepas/b4 grade
buat bisnes ikan tilapia
kahwin before 27 old


Previous Entry


Scream Here


Credit Time

Template by : Ainna Zieyha
Basecodes by : Liyana Aina
Background : Ainna Zieyha
Stuffs by : Aina Hanani
Best view : Google Chrome only

Volunteer for Autism Children
Sunday, April 19 | Sunday, April 19, 2015 | 0 comments
Assalamualaikum..

Entry kali ni mengenai program kanak-kanak autism yang diadakan di FPend, UKM. Saja penuhkan hari ahad aku biar produktif sikit. tarikh 19 april 2015
Dalam program ni kami sebagai volunteer diberi peluang jaga budak-budak autism sementara mak bapak diorang pergi dengar taklimat bagaimana nak handle kanak-kanak ni.
Bagi aku bagus program ni sebab secara tak langsung aku pon macam teringin nak ambil tahu pasal diorang ni..
So, ni review sikit mengenai autism..

Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku yang berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar contohnya kipas dan dll.

Ciri-Ciri autism:
  1.  Mereka tidak menunjukkan  minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.
  2. Mereka tidak menunjukkan sebarang minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.
  3. Mereka tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.
  4. Mereka lebih suka bermain secara bersendirian berbanding bermain bersama kawan-kawan sebaya. Di  samping itu, mereka juga tidak takut apabila ditinggalkan berseorangan.
  5. Mereka tidak suka kepada sentuhan. Sekiranya disentuh dan mereka tidak selesa dengan sentuhan tersebut, mereka akan mengeraskan badan.
  6. Mereka lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda yang berpusing ataupun barangan elektrik.
  7. Mereka tidak tahu memulakan pergaulan dan tidak tahu untuk bergaul dengan rakan-rakan.
  8. Mereka tidak mempedulikan perasaan orang disekitar mereka.
  9. Mereka tidak mempunyai ‘eye contact’ dengan orang lain dan sering mengelak daripada bertentangan mata semasa bercakap.
  10. Mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sering bergerak ke sana dan ke mari.
  11. Mereka tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau tindak balas terhadap kecederaan yang dialami.
  12. Mereka sukar untuk memahami dan seterusnya menerima arahan yang diberikan kepada mereka.
Ni antara ciri-ciri kanak-kanak autism dan antara yang aku jaga memang banyak ciri-ciri yang ada.
Antaranya tak suka disentuh, tak suka tempat terkurung, bila dihalang perlakuan dia akan menjerit, suka tengok roda yang berputar cth mcm roda stroller n tayar kereta sampai dia nak kejar kereta tu utk tgk tayar, tak boleh duduk diam dan suka buat sesuatu perkara berulang kali.
Melalui pembacaan aku, kanak-kanak autism ni punya kehidupan sosial boleh diberi latihan dari awal sebab tu ibu bapa kene aware dengan perkembangan anak masing-masing supaya dari awal mereka boleh dilatih untuk menguruskan diri sendiri sebagai langkah persediaan menempuh kedewasaan.

Kalau nk baca lebih boleh rujuk ke website ni :-


UPSM punya volunteer 


yang ni muadz namanya. umur 4 tahun. 
pandai dan suka menulis. ni kitorang ajar dia ABC. semangat dia belajar 


ni hafif, dia tak autism. abang dia yang autism . 
tapi dia comel sngat. haha mcam minguk


hafif

muadz 

Act, ada lagi sorang namanya abdul rahman tapi tak sempat tangkap gmba dia sebab dia aktif sangat. tak boleh duduk diam. aku yang penat tengok dia . haha
Program ni setengah hari je tapi aku dah penat nk mengejar diorang. hahaha. Program ni dapat buatkan kitorg lebih kenal n tahu macam mana nak handle kanak-kanak autism ni n secara tak langsung  kanak-kanak ni dapat ditonjolkan kepada masyarakat supaya kehidupan sosial mereka tak kepada dunia dia sendiri je.
Last one ...
AUTISM IS NOT A TRAGEDY BUT IGNORANCE IS